Tuesday, July 6, 2010

Pasar Malam...Sempena Sambutan Hari Koperasi

Tanggal 28 Jun hingga 2 Julai 2010 merupakan sambutan Hari Koperasi MRSM Pasir Salak...Pelbagai aktiviti dijalankan. Walau bagaimanapun aku cukup seronok dengan aktiviti pasar malam. Hal ini demikian, anak-anak homeroomku akan mengadakan jualan...Pasar Malam Homeroom Tingkatan 4 dijalankan pada 2 Julai 2010 bermula jam 9.00 malam di foyer berdekatan surau dan dewan makan...Homeroomku menjual pelbagai jenis makanan...

Iniler anak-anak homeroomku yang teror guna pisau dan cekap memotong buah time persediaan sebelum pasar malam bermula...




Sapageti!!! ituler menu jualan kami yang paling laris. Mane tidaknyer aku pun tidak sempat merasa! 

SEDAPPPPNYER....




 Ayahanda Pengetua pun datang menjengah...bahkan membeli lagi menu yang kami sediakan iaitu membeli 2 slices kek dengan harga RM5 gitu..TQ ayahanda!



Sakan meniaga tapi sempat posing!!!!


Demam bola...Piala Dunia, juga melanda pada malam ini..Pelajar-pelajar lelaki yang meminati sukan ini berkumpul di perkarangan rumah warden sambil menonton perlawanan bola antara Brazil dan Belanda...Yang sodeyyynyer Brazil kalah 2-1 walaupun mendahului 1 gol pada separuh masa pertama ...



Jualan ditamatkan pada jam 10.45 malam...Paling tak dapat dilupakan adalah time bagi free air jualan pada akhir jualan yang mana ramai menyerbu meja jualan untuk dapatkan air percuma!!!

No comments:

Post a Comment