Monday, June 28, 2010

aNaK hoMeRoomKu...

Sejak mula berkhidmat di MRSM Pasir Salak, 16 orang pelajar menjadi tanggungjawabku, tidak kira dari segi akademik, hubungan sosial, masalah yang melanda mereka, disiplin, termasuk kewangan mereka. Walau bagaimanapun, 4 orang anakku telah berpindah ke maktab lain. Tahun ini aku mempunyai 15 orang anak homeroom di mana terdapat 4 orang pelajar baru menyertai homerooku dan seorang lagi ke maktab lain.

Iniler anak-anak homeroomku..Walau bagaimanapun ader juga yang tiada dalam gambar...



Anak-anak homeroom yang kusayangi dan kukasihi...

1. Nashrul Najib Bin Supandi - Presiden

2. Nur Shakila Binti Masri - Naib Presiden
3. Muhammad Shafiq Amri Bin Abd Hamid - Setiausaha
4. Nur Izzati Liyana Binti Muhamad - Bendahari

5. Mohamad Amirul Helmi Bin Mohamad Zainol

6. Umi Aisha Binti Abdul Karim

7. Nurul Husna Binti Ahmad Latif

8. Siti Nirmala Binti Mohamad Ishak

9. Wan Fatin Hawani Binti Mahmud

10. Muhammad Nur Khairil Bin Mohd Daud

11. Nurul Hidayah Binti Zarul Bawar

12. Nurul Assyifa Binti Ahmad Sabri

13. Noor Hazliza Binti Zahid


14. Mohamad Afham Bin Che Mi


15. Muhammad Iqmal Amir Bin Mawar


Tiada harapan setinggi gunung kecuali harapan kejayaan mereka di dunia dan di akhirat...

Sunday, June 27, 2010

TeRiMa KaSih Kalian...ANak HomErooMku...

Bersempena sambutan hari guru MRSM Pasir Salak (28 Jun 2010), aku menerima pemberian daripada anak-anak homeroomku...Sebagai tanda penghargaan kepada kalian atas hadiah yang cukup bermakna, aku dedikasikan hadiah kalian dalam blogku ini. Dan aku berasa amat bermakna hidup ini apabila "anak-anakku mengatakan "Terima kasih cikgu Ummie atas nasihat dan tunjuk ajar dan jasamu dikenang" Terima kasih atas ingatan kalian...

SaMBuTaN HaRi GuRu Dan PeKerJa PeriNGkaT MRSM PaSiR SaLaK


Sambutan Hari Guru dan Pekerja MRSM Pasir Salak telah berlangsung pada hari ini iaitu 28 Jun 2010. Walaupun sambutan yang diadakan agak lambat daripada tarikh sambutan hari guru iaitu 16 Mei dan 1 Mei untuk hari pekerja, namun sambutan kali ini meriah dengan pengisian yang bermakna buat semua guru dan pekerja. Sambutan dimulakan dengan perarakan para guru dan pekerja diiringi paluan kompang daripada foyer pentadbiran maktab ke dewan dan di sambut dengan gimik pertunjukan lilin oleh para pelajar amat bermakna buat aku...


Sambutan diteruskan dengan ucapan Pegetua MRSM Pasir Salak dan penyampaian anugerah kepada para guru dan kaki tangan maktab. Selain itu, bacaan ikrar oleh guru serta nyayian lagu guru Malaysia oleh semua guru.



Persembahan pelajar untuk para guru amat memikat hati dengan persembahan cukup ringkas tapi menarik perhatian semua guru dan para pelajar.


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pengetua MRSM Pasir Salak.


Thursday, June 24, 2010

Mula Mengajar Subjek Sivik dan Kewarganegaraan

Setelah dua tahun mengajar subjek Bahasa Melayu yang membawa makna yang pelbagai kepada diriku, akhirnya pada Jun 2010 aku akan mula mengajar subjek lain. Subjek tersebut adalah Sivik dan Kewarganegaraan. Mengajar subjek yang berbeza memberi aku pengalaman yang tak mungkin akan aku perolehi di tempat lain selain di MRSM Pasir Salak. Hal ini demikian, kerana aku cukup berbeza dengan kawan-kawan lain yang sejawatan denganku yang kesemuanya mengajar subjek Sivik dan Kewarganegaan sejak mula berkhidmat lagi. Aku terasa cukup bertuah kerana aku mendapat 2 ilmu yang berlainan dan pelajarku pula rapat denganku kerana tempoh mengajar subjek BM melebihi subjek Sivik. Walau bagaimanapun, sejak aku mula mengajar Sivik dan Kewarganegaraan dalam tempoh seminggu ini memberi impak yang positif. Hal ini disebabkan mata pelajaran ini dapat menarik perhatian pelajar apabila aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan berbantukan slide powerpoint yang aku pelajari di Jawi (Kursus Pendidikan) dalam subjek Teknologi dan Inovasi.
                                                             Belajar dalam kumpulan


Belajar dalam kumpulan


Pelajar-pelajar yang kusayangi dan kukasihi


Selain itu, berdasarkan mata pelajaran sivik banyak aktiviti yang dijalankan. Aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan membantu para pelajar meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah.

Tuesday, June 15, 2010

Akukah "CIKGU"

Akukah "Cikgu"

kami guru MALAYSIA …
berikrar dan berjanji…
mendidik dan memimpin..
PUTERA PUTERI negara kita


Kumulakan sebuah kisah kali ini dengan rangkap lagu tersebut…kali pertama aku menyanyikan lagu ini semasa aku di kem MOTIVASI sebagai seorang pendidik… terasa meremang bulu roma…bukan kerana ada yang “mengusik”..namun…kerana bebanan tanggungjawab yang digalas cukup perit, namun aku bangga kerana diriku kini bergelar guru, walaupaun kerana semasa aku di IPTA-UiTM, bidang yang ku ambil Pengurusan Perpustakaan Dan Maklumat.



Indahnya Kehidupan...

Kehidupan adalah anugerah Ilahi yang amat berharga. Anugerah kehidupan ini yang menggambarkan kebesaranNya buat kita sekalian manusia yang wajib mensyukuri dan menghargainya..

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkannya untuk kesejahteraan diri kita dan umat manusia sejagat. Gunakan sebaik-baiknya kurniaanNya untuk kecemerlangan kita di dunia dan di akhirat kerana apa yang kita lakukan akan dipertangungjawapkan di kemudian hari.Walaupun dunia semakin maju gunakan blog yang dicipta untuk meningkatkan nilai diri...

Gunakan peluang yang ada dan menjadi insan yang tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan di maya ini. Jangan sesekali berputus asa, andai tertelan hempedu yang amat pahit kerana itu adalah penawar yang memberi kita selautan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan maya ini

Monday, June 14, 2010

Perihal Berdoa

Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba-Nya kepada Allah SWT dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolongan-Nya atau menolak segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Berdoa merupakan salah satu ibadah, iaitu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib

Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.

Adab berdoa

Kita banyak berdoa.....
tetapi adakah Allah menerimanya?
Sudah kah kita fikirkan kenapa doa kita tidak di terima?
Kalau tidak di terima kecewakah kita?
Sudah kita berbuat sesuatu untuk doa kita diterima Allah?
Adakah kita telah mengikut adab-adab berdoa sebaik mungkin supaya doa kita diterima Allah?

Doa Dan Resepi Penawar H1N1

Tip-tip untuk semua

Umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.*

Doa hindari dari sebarang WABAK:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَة
اَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

LIIKHAMSATUN UTFIBIHA HARROL WABA
ILHUTTOMA ALMUSTHOFFA WALMURTHADHO
WABNAHUMMA MA'A FATTIMA

"Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah."

Ulang 7 x
Dibaca setiap kali selepas solat fardu

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.*

Saya melihat banyak komen daripada pihak tertentu tentang doa menghindari wabak H1N1. Pada mulanya saya malas nak mengulas tetapi apabila dilihat semakin serius suka saya menjelaskannya:
1. Doa itu memang bukan untuk wabak H1N1 tetapi sebarang wabak yang dipercayai diamalkan oleh ulama terdahulu.
2. Doa itu tiada kaitan dengan al-Arqam kerana doa itu wujud ratusan tahun sebelum wujudnya al-Arqam. Cuma al-Arqam menggunakannya setelah ia dilupakan mungkin kerana sudah tidak ada wabak.
3. Doa itu tiada kaitan dengan syiah. Kalau dikatakan orang syiah sudah sinonim dengan lima nama itu, kita Ahli Sunnah Wal-Jamaah lebih patut menyebutnya.
4. Doa itu bukan hadis dan athar, maka sama taraf dengan doa kita yang dibaca dalam bahasa Melayu oleh ulama yang kita hormati di negara ini. Salahkah kalau doa harian seorang ustaz yang kita yakin susunan bahasanya amat berkesan, lalu kita salin dan amalkan? Kalau ini boleh mengapa doa di atas tidak boleh.

Umat Islam tidak boleh berfikiran statik.*

Doa Menjadi Hamba yang Taat

Tip-tip untuk semua

Bacalah surah Al Baqarah - ayat 128



رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم


Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami : Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

Kadangkala...

Dah lama aku tak menulis dengan sungguh-sungguh. Sejak kebelakangan ni, aku terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan dan kerja yang terpaksa disiapkan. Sampaikan, kadangkala aku tidak mempunyai masa untuk diri aku sendiri. Walaupun sememangnya aku sendiri yang memilih untuk melakukan semua ini. Namun saban hari berlalu, seperti tiada hasil yang jelas yang aku dapat lihat.

Namun langkah tetap ku teruskan dengan harapan suatu hari nanti, segalanya akan membuahkan hasil yang lumayan untuk aku dah keluarga aku. Itulah tujuan asal aku melakukan semuanya ini. Teringat perbualan ku dengan ayahanda ku yang kini telah kembali menemuiNya. Saat yang aku rasakan penuh keceriaan. Bercerita dengan ayahanda ku mengenai semua rancangan yang aku ingin lakukan untuknya dan ibuku.


Walaupun ribuan kilometer menjarakkan kami, perbualan di gagang telefon tersebut memberikan aku seribu satu kebahagiaan. Walaupun saat itu, terlalu banyak lagi rahsia yang ku simpan dari ayahanda ku. Kebanyakannya mengenai apa yang aku lakukan untuk memberi kesenangan kepadanya. Syarikat yang ditubuhkan dan pelbagai lagi perkara. Tiap kali teringat detik itu, tertitis air mataku ini tidak dapat dibendung.

Dialah pendorong aku selama ini, dialah yang memberi cabaran dan semangat untuk aku meneruskan perjuangan. Terlalu rindu hati ini untuk berbual dengannya. Namun apakan daya. Segalanya tinggal kenangan. Saban hari aku merenung jauh menembusi tingkap di hadapan meja ku ini. Merenung apakah yang akan aku lalui? Adakah cita-citaku untuk memberi kesengan kepada ibu bapa ku yang kini hanya tinggal ibuku akan tercapai? Adakah usaha ku selama ini untuk memajukan diriku dalam segenap cabang yang aku ceburi akan membuah hasil?

Tiada siapa yang boleh menjawab persoalan itu. Kehilangan ayahanda ku sehingga hari ini memberi impak yang besar terhadap kehidupan aku. Apa yang ku lakukan selama ini adalah semata-mata untuk melihat wajahnya yang gembira. Walaupun jarang sekali kata-kata pujian dilontarkan. Namun kegembiraan dan riak wajahnya adalah segalanya yang aku harapkan. Kebahagiaan tersebut tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit atau sebarang hadiah. Ianya adalah segalanya yang aku inginkan untuk kejayaan ku. Namun kini segalanya telah tiada…

Kenapa hari ini aku begitu rindu kepadanya. Aku sendiri tidak pasti. Adakah terlalu banyak tekanan dalam kehidupan, atau aku memerlukan penghargaan dari ayahanda ku yang telah lama tidak aku kecapi. Kejayaan demi kejayaan bersilih ganti, namun dia tiada untuk aku kongsi kegembiraannya dan aku tidak merasakan kejayaan itu bermakna. Entahlah…

Kehidupan Ini...

Kehidupan adalah anugerah Ilahi yang amat berharga. Anugerah kehidupan ini yang menggambarkan kebesaranNya buat kita sekalian manusia yang wajib mensyukuri dan menghargainya..

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkannya untuk kesejahteraan diri kita dan umat manusia sejagat. Gunakan sebaik-baiknya kurniaanNya untuk kecemerlangan kita di dunia dan di akhirat kerana apa yang kita lakukan akan dipertangungjawapkan di kemudian hari.Walaupun dunia semakin maju gunakan blog yang dicipta untuk meningkatkan nilai diri...

Gunakan peluang yang ada dan menjadi insan yang tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan di maya ini. Jangan sesekali berputus asa, andai tertelan hempedu yang amat pahit kerana itu adalah penawar yang memberi kita selautan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan maya ini


Kehidupan ini adalah satu anugerah.Anugerah yang tidak ternilai harganya...