Thursday, June 24, 2010

Mula Mengajar Subjek Sivik dan Kewarganegaraan

Setelah dua tahun mengajar subjek Bahasa Melayu yang membawa makna yang pelbagai kepada diriku, akhirnya pada Jun 2010 aku akan mula mengajar subjek lain. Subjek tersebut adalah Sivik dan Kewarganegaraan. Mengajar subjek yang berbeza memberi aku pengalaman yang tak mungkin akan aku perolehi di tempat lain selain di MRSM Pasir Salak. Hal ini demikian, kerana aku cukup berbeza dengan kawan-kawan lain yang sejawatan denganku yang kesemuanya mengajar subjek Sivik dan Kewarganegaan sejak mula berkhidmat lagi. Aku terasa cukup bertuah kerana aku mendapat 2 ilmu yang berlainan dan pelajarku pula rapat denganku kerana tempoh mengajar subjek BM melebihi subjek Sivik. Walau bagaimanapun, sejak aku mula mengajar Sivik dan Kewarganegaraan dalam tempoh seminggu ini memberi impak yang positif. Hal ini disebabkan mata pelajaran ini dapat menarik perhatian pelajar apabila aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan berbantukan slide powerpoint yang aku pelajari di Jawi (Kursus Pendidikan) dalam subjek Teknologi dan Inovasi.
                                                             Belajar dalam kumpulan


Belajar dalam kumpulan


Pelajar-pelajar yang kusayangi dan kukasihi


Selain itu, berdasarkan mata pelajaran sivik banyak aktiviti yang dijalankan. Aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan membantu para pelajar meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah.

No comments:

Post a Comment