Tuesday, June 15, 2010

Akukah "CIKGU"

Akukah "Cikgu"

kami guru MALAYSIA …
berikrar dan berjanji…
mendidik dan memimpin..
PUTERA PUTERI negara kita


Kumulakan sebuah kisah kali ini dengan rangkap lagu tersebut…kali pertama aku menyanyikan lagu ini semasa aku di kem MOTIVASI sebagai seorang pendidik… terasa meremang bulu roma…bukan kerana ada yang “mengusik”..namun…kerana bebanan tanggungjawab yang digalas cukup perit, namun aku bangga kerana diriku kini bergelar guru, walaupaun kerana semasa aku di IPTA-UiTM, bidang yang ku ambil Pengurusan Perpustakaan Dan Maklumat.





Pada mula aku dipanggil cikgu pada pertama kali aku mengajar dan diberi salam kepada diriku oleh pelajarku ” ASSALAMUALAIKUM CIKGU & SELAMAT PAGI CIKGU”. Terasa diri ini tidak layak untuk dipanggil cikgu, tapi bila mana aku dipanggil cikgu, betapa sejuk dan meremang bulu roma ku atas panggilan cikgu itu: CIKGU UMMIE panggillan untuk diriku.

Akan kucoret beberapa kisah dan cerita benar: Renungkan lah wahai cikgu-cikgu sekalian betapa besarnya pengorbananmu, bangga dan sedarlah betapa besarnya tanggungjawabmu cikgu, kerana
•disinilah kami membentuk bakal pemimpin negara
•disinila kami mencorak kain putih nan suci
•disinilah tumpahnye harapan ibu bapa
•disinilah terlakar angan – angan putera – puteri bangsa
•disinilah harapan ibu pertiwi terpatri….
Coretan seorang cikgu dipendalaman kedah:

kisah bermula kira- kira dua tahun yang lalu….pertama kali menjadi cikgu..aku ditugaskan di MRSM Pasir Salak, Perak ...argghh!jamm otak bile masa bkerja yang berbeza…Ofis hour kerja??owh noo!!….namun… tgjawab tetap digalas…naseb badan….huhuhuhu~ Nak laa pulak aku dipertanggungjawabkan mengurus segala hal berkenaan Pusat Sumber Pembelajaran... GURU MEDIA katakam….owhh!!indahnye dunia… I LOVE LIBRARY …..kikikiki~……namun..sumenye tersentap..arghhh!!!

kujangkakan lain, lain jadi…

•aku yang mule nyer tersenyum simpul…mule menarik muke TOYA
•aku yang mula bersuara lunak ..terus menjerit hingga mampu merperlihatkan gigi gerham nun hjg di belakng
•aku yang awlnye berkurung sopan….mule menyising lengan bak mak tiri mahu ganyang si bawang putih..
•aku yang mulenye tunduk malu…mule terpekik terlolong …


semuanya gara – gara berberapa kejadian atau sedutan yang mahu ku kongsikan…bukan niat mengaibkan..cuma berharap mampu membuka penglihatan mereka yang diluar sana…betapa runcingnye masalah anak muda terutama di skolah menengah…jika anak dirotan, guru disaman…jka anak tidak berjaya..guru dipersalahkan…

So... Akulah guru yang dipertanggungjabkan....

No comments:

Post a Comment